Header Ads

Pemimpin PAN marah gelar mereka "PAN"

“Tiada parti politik bernama PAN dalam negara ini,” tegas salah seorang pemimpin Parti Amanah Negara, Suhaizan Kaiat.

Walaupun dalam nada biasa tetapi tergambar 'emosi marah' bekas pemimpin pemuda PAS itu dengan panggilan orang ramai terhadap parti yang baru ditubuh mereka itu selepas tewas dalam pemilihan Muktamar PAS baru-baru ini.

[ads-post]Dalam satu kenyataan, Suhaizan menegaskan bahawa parti mereka bukannya PAN tetapi 'Amanah', singkatan daripada Parti Amanah Negara.

Menurut beliau lagi, singkatan bagi Parti Amanah Negara adalah AMANAH bukan PAN seperti yang selalu disebut-sebut orang ramai.

Padahal Suhaizan tidak menyedari bahawa kebanyakan rakyat memanggil PAN adalah singkatan ejaan daripada 'Parti Amanah Negara'. Oleh sebab itu, panggilan PAN oleh rakyat adalah merujuk kepada parti serpihan PAS itu.

Penulis melihat begitu bersusah payah dan bersungguh Suhaizan tidak mahu orang ramai memanggil mereka dengan nama "PAN".

Tidak dinafikan apabila disebut PAN, maka ia merujuk kepada parti yang dipimpin oleh Mohamad Sabu selaku presiden. Buktinya, jika akronim "parti PAN" ditaip di 'Google Search', banyak info berkaitan parti itu berjaya diperolehi termasuk maklumat daripada 'Wikipedia'.

Bagi pihak PAN, panggilan itu seolah-olah menggambarkan suatu 'keburukan' walaupun hakikatnya memang ianya adalah singkatan sebenar nama parti pro DAP itu.

Suhaizan turut mendakwa mereka yang memanggil parti itu dengan singkatan PAN, mempunyai niat buruk atau tidak suka dengan parti berkenaan.

PAN ditubuhkan oleh bekas pemimpin-pemimpin PAS pro DAP yang disingkirkan oleh perwakilan PAS dalam pemilihan parti itu pada Jun lalu kerana dilihat tunduk kepada kehendak politik DAP yang mencipta permusuhan dengan PAS.
Dikuasakan oleh Blogger.