Pendatang haram Israel kembali ceroboh masjid al-Aqsa
Sekumpulan pendatang haram Israel kembali menceroboh masjid al-Aqsa sambil dikawal polis Israel pada Isnin.
Mereka masuk melalui pintu Maghareba.
Dipetik dari PIC, tentera rejim Israel terus mengawal kehadiran pendatang haram Israel dan merampas kad pengenalan penduduk Palestin di pintu masuk Al-Aqsa.
Sementara itu, penduduk Palestin terus melaungkan 'takbir' sebagai tanda protes terhadap pencerobohan itu.
Bahkan, sekumpulan perempuan Palestin turut dihalang untuk memasuki Masjid al-Aqsa dan mereka dibiarkan terus berada di luar kawasan masjid.
Sejak beberapa minggu lepas, sekumpulan pendatang Israel terus menceroboh terhadap Masjid al-Aqsa. Pencerobohan itu, boleh mencetuskan ketegangan yang berterusan.

Post a Comment