Header Ads

Perhimpunan Agung Umno kurang terbuka - Tun M

Bekas presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan rasa kesal dengan Perhimpunan Agung Umno kali ini kerana menyifatkan ia sebagai kurang terbuka dan tidak menyeronokkan.

"Saya kesal ia kurang terbuka. Seperkara tentang perhimpunan ini ialah ia sesuatu yang sangat menyeronokkan.

[ads-post]"Orang hadir, mencetuskan idea dan tahu yang mereka berbuat sesuatu untuk negara," katanya kepada pemberita di Pusat Kecemerlangan Proton, Shah Alam semalam.

Pemimpin veteran Umno itu berkata demikian ketika diminta mengulas perhimpunan tersebut serta sekatan yang dikenakan terhadap media yang tidak dibenar melaporkan perbahasan perwakilan sewaktu ia berlangsung.

“Saya kesal ia (AGM) kini kurang terbuka. Salah satu perkara tentang mesyuarat agung Umno, (adalah) ia adalah satu perkara yang sangat menyeronokkan.

“Ramai yang datang memberi idea dan bertukar-tukar pandangan bahawa apa yang mereka lakukan adalah untuk negara,” katanya kepada pemberita di Pusat Kecemerlangan Proton, Shah Alam hari ini.

Bekas presiden Umno itu berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung beberapa sekatan kepada pihak media tertentu dalam membuat liputan semasa perhimpunan itu. -mk
Dikuasakan oleh Blogger.