Header Ads

Putera Alwaleed bakal bina bangunan setinggi 1 kilometer, tertinggi di dunia

"Burj Mamlakah" atau "Kingdom Tower" bakal menjadi bangunan tertinggi di dunia mengatasi Dubai Burj Khalifa di Dubai, UAE.

Sebuah syarikat Arab Saudi yang mengendalikan projek 'mega' itu dilaporkan telah berjaya mendapat pembiayaan dana bagi menyiapkan menara tertinggi yang memecah rekod dunia itu.

[ads-post]Kingdom Holding, yang dipengerusikan oleh Putera Saudi Alwaleed bin Talal, berkata pada Ahad, usahasamanya dengan Jeddah Economic Company berjaya memperolehi dana lebih $2 bilion (RM8.48 bilion) bagi pembiayaan perjanjian dengan Saudi Arabia's Alinma Investment untuk membina Menara Jeddah itu di bandar Laut Merah.

Digelar "Kingdom Tower", bangunan 170 tingkat itu menyamai lebih daripada satu kilometer ketinggian, melepasi rekod Dubai Burj Khalifa sebagai bangunan tertinggi di dunia.

Sebelum ini kos projek mega jutawan Putera Saudi, Alwaleed bin Talal itu dianggarkan sebanyak $ 1.2 billion (RM5.08 bilion).


"Alinma Bank akan membiayai dana (projek) itu, yang akan diuruskan oleh Alinma Investment, manakala Jeddah Economic Company akan menjadi pemaju utama projek-projek yang akan menggunakan kemudahan kredit dana," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Dana keseluruhan sebanyak $ 2.24bn (RM9.498 bilion) itu juga akan digunakan untuk membangunkan fasa pertama Jeddah Economic City, projek bandar sekitar menara berkenaan yang terletak di kawasan Obhur, utara Jeddah, kata kenyataan itu.

Setahun yang lalu, Alwaleed bin Talal berkata bahawa menara itu, yang akan menampilkan sebuah hotel, pangsapuri dan pejabat, dijangka akan siap pada 2018.
Dikuasakan oleh Blogger.