Header Ads

Result masa kedua, Hazwan Bakri tambah derita Kedah

Separuh masa kedua perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2015 bermula.

Kedah nampaknya gagal mengambil pengajaran daripada separuh masa pertama apabila tuan rumah Selangor dilihat betul-betul pandai mengambil kesempatan di awal minit permainan setiap separuh masa.

[ads-post]Seperti di separuh masa pertama, Selangor tidak mengambil masa yang lama untuk gol kedua mereka apabila sekali lagi Hazwan Bakri menambah gol kedua buat Red Giants selepas membuat serangan pantas di sebelah kanan pintu gol Kedah.

Hazwan Bakri melakukan penyudah yang kemas dengan kaki kiri di minit ke-48 selepas sekali lagi menerima lorongan Guilherme De Paula, meletakkan Red Giants selesa 2-0 di hadapan.

Nampaknya di separuh masa kedua, kedua-dua pasukan dilihat berbalas serangan ke kubu lawan masing-masing.

Kedah melakukan pertukaran pertama di minit ke-58, apabila Farhan Roslan masuk menggantikan Syazwan Tajudin.

Kedah kembali menyusun permainan apabila melakukan asakan ke kubu Selangor. Pemain yang baharu masuk, Farhan Roslan mendapat peluang di minit ke-65 selepas menerima hantaran daripada Liridon Krasniqi di sebelah kanan, namun tandukan Farhan Roslan sedikit tinggi melewati palang gol Selangor.

Selang tiga minit, sekali lagi Kedah mendapat peluang jaringkan gol namun penjaga gol Selangor Norazlan Razali berjaya menghadang kemas percubaan Sandro Da Silva di depan pintu gol.

Selangor melakukan pertukaran pertama dengan memasukkan S Veenod di minit 78' menggantikan Ahmad Hazwan Bakri.

Selangor mempunyai peluang keemasan untuk menambah jaringan di minit ke-80 namun tindakan gopoh S Veenod yang bertindak bersendirian untuk melakukan percubaan lemah walaupun Andik berseorangan sudah pun menunggu di hadapan pintu Kedah.

Minit 84, Kedah terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila penjaga gol mereka, Firdaus Muhamad mendapat merah selepas tindakannya menampan percubaan S Veenod di luar kotak penalti.

Kedudukan 2-0 kekal sehingga penghujung perlawanan.-themalaysianview.com
Dikuasakan oleh Blogger.