Header Ads

Result separuh masa: Selangor 1 Kedah 0

Keputusan separuh masa pertama perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2015 berjaya meletakkan Selangor di hadapan apabila Ahmad Hazwan Bakri menjaringkan gol pertama Red Giants 1-0 selepas menyudahkan hantaran Guilherme De Paula di minit ke-4 menewaskan penjaga gol Kedah.

[ads-post]Perlawanan separuh masa dilihat sedikit tegang dengan asakan keras kedua-dua pasukan di atas padang yang basah dan licin.

Terkejut gol awal tuan rumah, Kedah cuba bangkit dengan mengatur gerak namun tersekat dengan terjahan lewat Hazwan Bakri di minit ke-22 ke atas Liridon Krasniqi sebelum menjadi pemain pertama dilayangkan kad kuning perlawanan malam ini.

Skuad Kedah dilihat lebih banyak mengatur serangan menyebabkan pemain Selangor terpaksa berkampung di kawasan sendiri.

Kedah mendapat peluang menyamakan kedudukan di minit ke-25 melalui Sepakan lambung Liridon Krasniqi hampir memerangkap penjaga gol Red Giants Norazlan Razali namun sedikit tersasar.

Sesekali Selangor mendapat peluang membuat serangan pantas menerusi lambungan Andik Vermansah di minit ke-28 sehingga hampir menewaskan penjaga gol Kedah, Firdaus Muhamad namun sedikit tinggi melewati palang gol.

Dalam tempoh 3 minit masa tambahan diberikan pengadil, Kedah sekali lagi mendapat peluang menyamakan kedudukan di minit ke-45+3' melalui percubaan jarak jauh Rizal Ghazali namun berjaya ditepis keluar penjaga gol Selangor Norazlan Razali.

Kedudukan Selangor di hadapan 1-0 kekal sehingga wisel penamat separuh masa pertama.-themalaysianview.com
Dikuasakan oleh Blogger.