Header Ads

Selangor cuti umum esok

Kerajaan negeri Selangor hari ini telah mengumumkan hari cuti umum esok sempena pasukan Red Giant merangkul kejuaraan TM Piala Malaysia, semalam.

[ads-post]Menurut Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan hari ini, cuti pada Isnin telah pun diperkenankan oleh sultan Selangor.

"DYMM Sultan Selangor telah berkenan setelah saya mendapat nasihat daripada Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor untuk mengumumkan cuti peristiwa bagi Negeri Selangor pada hari Isnin, 14 Disember 2015", nyata Azmin dalam satu kenyataan.

Kata Azmin lagi, cuti umum itu merupakan penghargaan Kerajaan Negeri buat para penyokong pasukan Gergasi Merah dan seluruh rakyat Selangor yang telah mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak Negeri Selangor.

Dalam perlawanan akhir Piala Malaysia semalam, Selangor berjaya menumpaskan Kedah 2-0 hasil jaringan Ahmad Hazwan Bakri.

Kemenangan itu sekaligus mencapai impian Selangor untuk melengkapkan misi kejuaraan kali ke-33.-themalaysianview.com
Dikuasakan oleh Blogger.