Header Ads

Selangor, Kedah ke final TM Piala Malaysia 2015


Keputusan penuh perlawanan separuh akhir kedua TM Piala Malaysia 2015 yang berlangsung semalam.

[ads-post]Selangor sebelah kaki lagi untuk melengkap misi 33 mereka dalam merampas tahta juara Piala Malaysia apabila menang selesa 2-0 ke atas Pahang sekaligus melangkah ke final dengan kemenangan agregat 2-0.

Manakala Kedah juga turut menempah slot ke final apabila berjaya menewaskan Felda 2-1 dalam aksi kedua separuh akhir semalam.

Kedah layak selepas menang dengan agregat 4-3.

Selangor akan bertemu Kedah dalam perlawanan akhir TM Piala Malaysia tahun 2015.
Dikuasakan oleh Blogger.