Header Ads

Sepak mula final Piala Malaysia

Sepak mula final TM Piala Malaysia 2015 Selangor lawan Kedah di Stadium Shah Alam bermula jam 9 malam ini.

Selangor mencari kejayaan ke-33 dan muncul naib juara sebanyak 15 kali sejak pertandingan dimulakan pada 1921.

[ads-post]Kali terakhir Merah Kuning meraih gelaran juara pada 2005 menewaskan Perlis 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Manakala Skuad Helang Merah pernah menjulang Piala Malaysia sebanyak empat kali - 1990, 1993 serta treble pada 2007 dan 2008.

Senarai pemain kedua-kedua pasukan

SELANGOR

Norazlan Razali (PG), Robert Corntwaite, Muhd Shahrom Abd Kalam, Mohd Raimi Md Nor, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Leandro Dos Santos, Nazmi Faiz Mansor, Andik Vermansah, Ahmad Hazwan Bakri, Abdul Hadi Yahaya-Guilherme De Paula.

KEDAH

Mohd Firdaus Muhamad (PG), Bang Seung-whan, Khairul Helmi Johari (K), Shafizan Hashim, Mohd Rizal Ghazali, Baddrol Bakhtiar, Liridon Krasniqi, Sandro Da Silva, Mohd Syazwan Zainon, Muhd Syazwan Tajudin dan Chidi Edeh.
Dikuasakan oleh Blogger.