Header Ads

Siti Nordiana juara Gegar Vaganza musim kedua

Siti Nordiana atau Nana menepati ramalan para penonton apabila dinobatkan selaku juara Gegar Vaganza musim kedua (GV2) yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.

Nana berjaya membawa pulang hadiah wang tunai Rm100,000, sebuah trofi, rakaman sebuah lagu baharu terbitan Astro dan pakej percutian bernilai RM30,000 ke Madrid, Sepanyol.

[ads-post]Penyanyi berusia 31 tahun itu juga berjaya memenangi persembahan terbaik pilihan penonton sekaligus menerima wang tunai RM5,000.

Nana berjaya menewaskan lima peserta akhir lain selepas menyampaikan persembahan mantap menerusi lagu Putus Terpaksa (nyanyian asal Ziana Zain) dan Awak Kat Mane (Taufik Batisah) di pusingan 'battle' dengan Acong (SweetChild).

Tempat kedua dimenangi oleh Farahdhiya dengan membawa pulang wang tunai RM50,000, trofi dan pakej percutian bernilai RM15,000 ke Beijing. Manakala tempat ketiga dimenangi Ezad Lazim, menerima wang tunai RM30,000, trofi dan pakej percutian ke Lombok bernilai RM6,000.

Senarai penuh pemenang:

Juara: Siti Nordiana - RM100,000
Naib Juara: Farahdhiya - RM50,000
Ketiga: Ezad Lazim - RM30,000
Keempat: Nassier Wahab - RM15,000
Kelima: Acong Sweetchild - RM10,000
Keenam: Haiza - RM5,000

Sebelum dinobatkan selaku juara, Nana menurut AstroGempak, jika menang, beliau berhasrat mahu membantu kedua ibubapanya dan untuk simpanan anak beliau, Ryyan Nakhaei.

Selain itu, beliau turut akan mengadakan majlis kesyukuran serta mahu mengembangkan lagi peniagaannya sekarang.-themalaysianview.com
Dikuasakan oleh Blogger.