Header Ads

Tiket 'flight' lagi murah daripada ERL

Kos penerbangan kini lebih murah dengan pesawat AirAsia berbanding menggunakan perkhidmatan Express Rail Link (ERL), kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tony Fernandes.

"Ia produk bagus tetapi terlalu mahal. Saya tak faham. Penumpang AirAsia menaikinya tapi lebih murah untuk terbang sekarang," katanya di akaun Twitternya, hari ini.

[ads-post]Bagaimanapun beliau juga berkata, penerbangan AirAsia didakwa menjadi kurang popular kerana tindakannya yang menentang kenaikan kos perkhidmatan itu.

"Kami menjadi kurang popular kerana meminta pemain dalam industri penerbangan lain supaya lebih efisien supaya mengurangkan beban orang ramai," ujarnya.

Pada 1 Disember, Express Rail Link Sdn Bhd berkata, tambang baharu untuk perjalanan sehala antara KL Sentral dan KLIA/KLIA2 meningkatkan kepada RM55 berbanding RM35 sebelum ini.

Kadar tambang baharu itu diluluskan kerajaan menerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengikut Seksyen 120 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan kajian pertama sejak ia mula beroperasi 14 tahun lalu.

Susulan rungutan orang ramai dan para perwakilan parti pada Perhimpunan Agung Umno 2015 minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan diskaun sehingga 50 peratus kepada pengguna ERL dan KTM Komuter.

Antaranya pelajar, mahasiswa universiti, orang kurang upaya (OKU) dan warga tua.

sumber sinar harian
Dikuasakan oleh Blogger.