Header Ads

TPPA: Bukan ekonomi sahaja, kedaulatan negara juga terancam

Mungkin kita fikir TPPA memberi kesan kepada ekonomi negara sahaja.

Sebenarnya, secara tidak langsung seluruh kedaulatan negara boleh terancam terutamanya bab keluhuran undang-undang.

[ads-post]Saya ingin bertanya, Terengganu yang kini mengarahkan premis perniagaan ditutup waktu solat Jumaat, apakah syarikat negara anggota boleh menyaman negara ini di mahkamah antarabangsa jika mereka mendakwa peraturan tersebut mengganggu produksi dan jualan mereka?

Saya ingin bertanya lagi, jika kerajaan bertukar tangan, dan enakmen syariah ingin dilaksanakan, adakah mereka boleh heret negara ini ke mahkamah antarabangsa dengan dakwaan enakmen syariah mengancam perniagaan mereka?

Satu lagi soalan saya, jika undang-undang Malaysia mengharamkan penjualan rokok kepada budak bawah umur, apakah negara ini boleh didakwa di mahkamah kerana menyebabkan jualan rokok mereka terganggu?

Jika semua ini mungkin berlaku, di mana lagi jatidiri Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat. Undang-undang negara telah jatuh ke martabat yang sangat rendah, sehingga syarikat perniagaan pun boleh memperkotak-katikkan sebuah negara beraja sewenang-wenangnya.

Mungkinkah sebab ini juga Pakatan Harapan diam sahaja berkenaan TPPA? Diamnya seolah-olah anak gadis yang sedang dipinang.

Alang Ibn Shukrimun
Dikuasakan oleh Blogger.