Header Ads

Undi tolak Bajet 2016 tindakan sia-sia - Wan Azizah

Pembangkang tidak mengadakan undi blok untuk menolak Bajet 2016, malam semalam kerana ia hanya tindakan ‘sia-sia’, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Kami tidak bincang untuk lakukannya semalam kerana kita mesti mobilasi (ahli parlimen).

[ads-post]"Kami fikir ia akan jadi usaha yang sia-sia, jadi kita fokus kepada cara lain," kata Wan Azizah kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau enggan mengulas mengenai apa cara lain yang dimaksudkannya itu.

Bajet 2016 diluluskan malam semalam dengan undi suara majoriti.

Terdapat hanya 24 ahli parlimen pembangkang berada di Dewan Rakyat ketika undian dijalankan.

Wan Azizah seolah-olah menyerahkan kepada takdir apabila ditanya mengapa pembangkang melepaskan peluang menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mengundi menolak bajet itu.

"Kami tahu ia tidak akan berjaya kerana kali terakhir ada yang berkecuali, kami tidak mempunyai angka (ahli parlimen) yang mencukupi,” katanya.

Beliau merujuk kepada keputusan PAS untuk berkecuali berhubung bajet itu.

Semasa pengundian bajet pada peringkat dasar, dua minggu lalu, pembangkang hanya berjaya mendapatkan 74 undi berbanding 128 yang menyokongnya.-mk
Dikuasakan oleh Blogger.