Header Ads

DAP gagal selesai masalah Kampung Mutiara sejak perintah Pulau Pinang?

Isu Kampung Mutiara kembali panas apabila penduduk kampung tersebut sekali lagi digemparkan dengan berita perobohan rumah yang dirancang berlaku pada hari Selasa baru-baru ini. Para penduduk rata-ratanya mengharapkan satu keputusan konkrit dari kerajaan negeri yang diwakili oleh DAP yang dilihat dapat membantu menyelesaikan masalah ini.

Isu Kampung Mutiara ini sudah berlarutan sejak dari tahun 2007 di mana ketika itu kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah tampok kepimpinan Barisan Nasional dan secara khususnya Gerakan. Setelah beralih tangan ke Pakatan Rakyat, isu ini masih lagi gagal diselesaikan. Bailif yang diterima oleh penduduk adalah hampir setiap tahun.

Pada hari Selasa tersebut, keadaan kawasan disekitar Kampung Mutiara sudah mulai sesak dengan orang ramai sejak dari jam 7.00 pagi. Ketika kejadian, penduduk telah memenuhkan ruang jalan masuk ke kampung dengan kenderaan bagi menghalang jentolak dari masuk dan melakukan perobohan. Kejadian kemarin dilihat terkawal walaupun pihak FRU turut dihantar untuk mengawal dan meleraikan insiden seperti tunjuk perasaan seandainya berlaku.

Lajnah Tanah PAS Pulau Pinang khususnya telah memainkan peranan dalam usaha mencari titik penyelesaian. Gerak kerja ini juga turut melibatkan Lajnah Tanah PAS Pusat dan saf kepimpinan PAS Kawasan Bukit Bendera. Usaha ini telah dijalankan sejak dari PRU 12 tanpa mengira latar belakang penduduk kerana ia adalah isu kemanusiaan. Kepimpinan Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang kini dilihat lebih bersungguh di dalam isu yang membabitkan rakyat marhaen ini.

Turut hadir kelmarin adalah Pesuruhjaya PAS Perak, Tuan Haji Razman merangkap Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat, Tuan Haji Yaakob, Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pulau Pinang, YB Dato Che Lah, Exco Kerajaan Negeri Kelantan merangkap Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan, para pemimpin Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, saf kepimpinan Lajnah Tanah PAS Pulau Pinang dan saff kepimpinan PAS Kawasan Bukit Bendera. Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh jemaah PAS yang turut serta kelmarin.

Menurut sumber, proses perobohan ini ditangguh selama sebulan lagi. Diharapkan agar isu ini hdapat diselesaikan dengan cara yang lebih bersifat perikemanusiaan.

#Save_Kampung_Mutiara

Asyrul F.
Ketua Penerangan
PAS Kawasan Bukit Bendera
Dikuasakan oleh Blogger.