Header Ads

PAN dan DAP terdesak berbohong PAS mahu gabung Umno

Nampaknya pembenci PAS semakin terdesak mencipta pelbagai fitnah jahat supaya rakyat dapat disogok dengan fitnah PAS mahu bergabung dengan Umno.

Selepas langkah menguasai PAS dari dalam menemui jalan buntu, mereka telah menubuh parti baru dan cuba sedaya upaya menarik ahli PAS menyertai mereka.

[ads-post]Mereka cuba mengelabui mata rakyat konon lahirnya mereka kerana mahu berdepan Umno-BN, namun sedikit demi sedikit tembelang mereka semakin menyerlah apabila terang-terangan pemimpin parti mereka di Kelantan menyuarakan mahu 'merampas' Kelantan daripada PAS.

Bukan itu sahaja, mereka turut menyatakan mahu bertanding di kawasan PAS bertanding. Dengan kata lain, mereka mahu membuat kacau di kawasan PAS menentang Umno. Ini merupakan cara halus mereka untuk 'menolong' Umno-BN menang mudah di kawasan yang turut ditandingi PAS.

Saban hari mereka bercita-cita mahu 'menggabungkan' PAS dengan Umno di media yang dikuasai mereka sambil 'dihasut' oleh media pro Umno-BN.

Kini PAS dituduh pula sedang berkira-kira mahu bergabung dengan Umno. Mereka mendakwa kini PAS sedang berusaha memberi taklimat khas tentang penggabungan itu, padahal ianya adalah fitnah semata-mata.

Seolah-olah mereka terlalu terdesak untuk meruntuhkan PAS di mata rakyat Malaysia yang bencikan Umno-BN.

Mengenai dakwaan mereka konon satu taklimat khas berkenaan PAS bergabung dengan Umno akan diadakn pada 9 Januari nanti, mereka dilihat sudah hilang pedoman antara halal dengan haram sehingga sanggup mengada-adakan berita fitnah berkenaan.

"Dah tak ada modal lain dah," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya kalaupun benci sangat dengan PAS, carilah modal lain untuk melawan PAS dan jangan mencipta fitnah.

Padahal, ujar beliau ia adalah taklimat dan program Lajnah Penerangan PAS Pusat.

Tambahnya, program itu adalah biasa untuk taklimat kepada pimpinan berbagai peringkat supaya dapat maklumat dan dialog dengan kepimpinan.

"Inilah cara PAS untuk beri taklimat dan penerangan, bukan melalui media sosial. Harap ahli PAS jangan termakan dengan fitnah," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Beliau menegaskan, pemimpin PAS sekarang tidak ada masa untuk melayan isu-isu yang tidak ada dalam agenda untuk bergabung dengan Umno.

"PAS ialah PAS. Insya Allah PAS berusaha untuk ganti Umno," tegasnya lagi.
Dikuasakan oleh Blogger.