Header Ads

PBT: PAN mintak 34, dapat hanya 8

Lapan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dibahagikan kepada wakil Parti Amanah Negara (Amanah) hasil persetujuan antara PKR, Pas dan DAP.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu, Ean Yong Hian Wah berkata, kontroversi pembahagian kuota untuk Amanah telah selesai hasil perbincangan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini.

"Tidak penting untuk tahu parti mana yang serahkan kerusi untuk Amanah tapi perkara ini telah diputuskan kerajaan negeri.

"Penggal baharu 2016-2017 akan bermula 15 Januari ini dengan 288 kerusi akan diisi namun berbaki dua lagi kerusi milik PKR dan DAP yang belum diputuskan nama ahli majlis di Petaling Jaya dan Kuala Langat," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat MMKN.

Menurut Ean Yong, buat masa ini lima kerusi sah milik Amanah antaranya ialah Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

"Untuk ahli majlis MBPJ dan MDKL kita (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) masih belum muktamad nama ahli majlis.

"286 kerusi sudah dimuktamadkan bagaimanapun sebelum 15 Januari ini semua senarai nama akan dipenuhkan," katanya.

Sebelum ini, Amanah mengemukakan permohonan 34 kerusi dengan dua ahli majlis untuk setiap PBT namun diluluskan hanya lapan kerusi sahaja.
Dikuasakan oleh Blogger.