Header Ads

PRN Sarawak bulan April?

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem‎ berkata, beliau ada berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai Pilihan Raya Negeri ke-11, dan SPR mencadangkan ia diadakan sekitar April ini.

"Ia adalah untuk SPR menentukan tarikhnya, bukan saya...ini hanyalah cadangan," katanya kepada wartawan ketika ditemui selepas merasmikan seminar pilihan raya untuk Dun Satok di Santubong malam tadi.

[ads-post]Adenan berkata, apabila tiba masanya, beliau akan memaklumkan kepada Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud bagi membubarkan Dun dan kemudian Speaker akan memberi notis kepada SPR bagi menentukan tarikh penamaan calon dan mengundi.

Bagaimanapun, beliau belum menetapkan tarikh menemui Tun Abdul Taib.

Terdahulu dalam ucapannya, Adenan berkata beliau lebih memilih 18 April untuk penamaan calon manakala 30 April sebagai tarikh mengundi.

Penggal Dun Sarawak sekarang akan berakhir pada 30 Jun ini dan SPR akan memutuskan tarikh penamaan calon dan mengundi sebaik dimaklumkan mengenai pembubaran Dun itu. -Bernama

sumber sinar harian
Dikuasakan oleh Blogger.