Header Ads

Walaupun sudah berpisah, DAP dan PAN masih tidak senang dengan PAS

DAP memang tidak senang dengan pendekatan terbaru PAS terhadap UMNO. Sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH), PAN pun begitu juga.

Sejak masih dalam Pakatan Rakyat (PR) lagi, asalkan saja ia 'Move' daripada PAS atau Presiden PAS, DAP menjadi pihak mula-mula sekali akan melenting dan melakukan provokasi. Tidak tahan dengan konsistensi PAS, sehingga akhirnya DAP umum bubarkan PR. Tetapi, PR kekal ada ; PAS berdua dengan PKR.

Jadi, sepatutnya DAP bergembira tanpa PAS. Apa akan jadi pada PAS, lebih-lebih lagi kalau PAS punah bersama UMNO, wajar sekali dirai bersungguh-sungguh dengan PAN. Ia peluang untuk Pakatan Harapan muncul sekuat PR seperti suatu masa dahulu.

Tetapi TIDAK! DAP marah juga ; katanya PAS akan tenggalam bersama UMNO seumpama Titanic. PAN pun samda ; baju sedondon Presiden UMNO dan Presiden PAS pun dijaja merata dengan macam-macam cerita.

PAS masa dalam PR pun dimarahi DAP, semasa PAS dah berada diluar pun masih dimarah lagi oleh DAP dan PAN. Sebenarnya, apa yang DAP dan PAN mahu daripada PAS?

Jawapannya hanya, UNDI MELAYU!

Ketika masih dalam PR, sekurang-kurang adanya PAS untuk DAP bergantung dapatkan undi Melayu. Sekarang, PAS tidak lagi bersama DAP dan tidak akan sesekali bersama lagi dengan DAP dan PAN.

Dalam PH ada PAN. Tetapi PAN masih baru. DAP pun tahu PAN tidak mampu bantu untuk berikan undi Melayu kepada DAP. PAN pun tidak rasa mampu bantu DAP dan PH. Tanpa undi Melayu, jatuhlah PH dan binasalah PAN.

Sebenarnya, dalam diam DAP dan PAN percaya dan akui bahawa 'Move' PAS yang diketuai oleh Presiden PAS boleh meraih undi Melayu secara besar-besaran.

Jadi, diserang sungguh-sungguh PAS. Dengan harapan, sekurang-kurangnya DAP dan PAN dalam PH masih boleh mengatasi PAS. Bagi DAP dan PAN, soal UMNO atau BN kalah, bukan lagi keutamaan ; PAS mesti dikalahkan dahulu.

Sebab itu tidak pelik apabila DAP secara konsisten cuba merosakkan reputasi PAS dan PAN pula berperanan tanpa segan silu cabar untuk tandingi kerusi PAS. Kedua-duanya hanya mengukuhkan UMNO-BN tanpa sedar.

Itulah kononnya perjuangan 'Demi Rakyat' DAP dan PAN.

Kepada semua rakyat Malaysia diucapkan..
"Selamat Menyambut Tahun 2016 Bersama PAS"

"Istiqamah Hingga Kemenangan"

Mohd Yusni Mat Piah
Ketua Penerangan PAS
Pulau Pinang
Dikuasakan oleh Blogger.