Header Ads

Ahmad Bashah MB baru Kedah

Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah telah diumumkan sebentar tadi sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah perkenan melantik Ahmad Bashah menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang melepaskan jawatan.

[ads-post]Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Kedah, Datuk Bakar Din pada satu sidang media di Wisma Darul Aman, hari ini.

Adun Bakar Bata itu dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah pada esok di Istana Anak Bukit, pada jam 10 pagi.

Mukhriz hari ini telah membuat sidang media bagi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta.

Mukhriz berkata beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.
Dikuasakan oleh Blogger.