Header Ads

Mukhriz letak jawatan MB Kedah

Mukhriz ketika mengumumkan perletakan jawatan serta merta pada sidang media hari ini. - Foto Bernama
Krisis Menteri Besar Kedah dilihat hampir ke penghujungnya apabila Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan beliau akan berundur dari jawatan tersebut.

Pengunduran ini akan dibuat secara rasmi menerusi satu sidang media sebentar tadi.

Mukhriz mengumumkan pengunduran tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Katanya, beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.

"Saya dimaklumkan saya hilang sokongan majoriti oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam," katanya dalam sidang media di Wisma Darul Aman di sini.

[ads-post]Adun Ayer Hitam tu juga mengesahkan perletakkan semua jawatannya dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan kedudukannya sebagai Pengerusi Umno Kedah.

Mukhriz berkata, beliau akan tetap setia kepada Umno walaupun kini tidak mempunyai sebarang jawatan.

Mukhriz turut melafazkan ikrar taat setia, yang tidak berbelah bahagi kepada Sultan Kedah, Tunku Temenggong Kedah yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, dan Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Difahamkan, Mukhriz terpaksa berbuat demikian selepas Jemaah Pemangku Sultan Kedah berpuas hati bahawa Adun Ayer Hitam itu telah hilang kepercayaan daripada majoriti Adun negeri itu.

Istiadat angkat sumpah Menteri Besar akan diadakan pada Khamis ini.

sumber sinar harian
Dikuasakan oleh Blogger.