Header Ads

Tun Mahathir dan isteri umum keluar Umno

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan penarikan diri dari parti UMNO berkuatkuasa serta-merta hari ini.

Pengumuman itu dibuat di satu sidang media yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Ahli politik veteran itu mengumumkan penarikan dirinya disebabkan  rasa kecewa beliau terhadap parti itu.

Dr Mahathir memberi jaminan beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik dan tiada hasrat untuk menubuhkan parti politik baharu.

"Tidak. Dalam hati, saya tetap ahli UMNO," katanya.

Ditanya sama ada beliau sudah menyerahkan surat rasmi kepada setiausaha agung parti berhubung keputusannya itu, Dr Mahathir berkata beliau belum berbuat demikian dan hanya membuat kenyataan pada sidang media hari ini.

Beliau turut mengumumkan penarikan diri isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dari parti tertua di negara ini.

Sumber Astro Awani
Dikuasakan oleh Blogger.