Header Ads

Al Jazeera henti 500 pekerja

Al Jazeera Amerika akan ditutup pada April depan. | foto Getty Images
Rangkaian televisyen berita Al Jazeera mengumumkan akan memberhentikan kira-kira 500 pekerja, sebahagian besar di ibu pejabatnya di Qatar.

Langkah itu dilakukan sebagai sebahagian dari rancangan "mengoptimumkan tenaga kerja."

Menurut Al-Jazeera, setelah dilakukan kajian semula pengurusan, "dianggarkan kira-kira 500 jawatan di rangkaiannya di seluruh dunia akan terjejas, kebanyakan di Qatar".

Dua bulan lepas, rangkaian berita Al Jazeera telah mengumumkan akan menutup operasi mereka di Amerika.

Ketua Pengarah Urusan Al Jazeera, Mostefa Souag, berkata, semalam, keputusan ini sukar namun ia merupakan langkah yang tepat.

Al Jazeera dibiayai oleh kerajaan Qatar dan ditubuhkan pada 1996 dengan 70 agensi di seluruh dunia. Dasar yang diambil merupakan respons terhadap "transformasi landskap media yang sedang berlaku."

"Walaupun keputusan kami ini sama dengan apa yang dilakukan industri media di seluruh dunia, ia tetap satu keputusan yang sukar," kata Souag.

"Namun kami yakin ini merupakan langkah yang betul untuk memastikan daya saing jangka panjang liputan rangkaian kami."

Ketika mengumumkan menutup operasi di Amerika Syarikat dua bulan lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Al Jazeera, Al Anstey berkata model perniagaan syarikat itu tidak lagi sesuai dengan cabaran ekonomi sekarang.

Al Jazeera telah menyuntik berjuta-juta dolar untuk merekrut wartawan-wartawan dari Amerika, namun masih ia sukar untuk menarik jumlah penonton ke program-program berita yang disiarkan.
Dikuasakan oleh Blogger.