Header Ads

Arsenal belasah Hull City 4-0

OLIVIER Giroud dan Theo Walcott beraksi cemerlang apabila masing-masing menjaringkan dua gol sekali gus membantu Arsenal menewaskan Hull City 4-0 dalam pertemuan Piala FA perlawanan ulangan pusingan kelima yang berlangsung awal pagi tadi.

Giroud yang sebelum ini gagal menjaringkan gol dalam 11 perlawanan terdahulu berjaya membuka jaringan pada minit ke-41 serta meletakkan The Gunners dalam keadaan selesa menerusi gol kedua pada minit ke-72

Walcott turut berjaya mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya menghasilkan dua jaringan gol dalam tempoh 13 minit terakhir perlawanan iaitu pada minit ke-77 dan 89.

Kemenangan tersebut meletakkan skuad kendalian Arsene Wenger itu bersama lapan pasukan terakhir dan bakal bertemu Watford bagi merebut tempat ke separuh akhir di Wembley bulan hadapan.

"Saya sedikit terkejut, kami kehilangan dua pertahanan tengah dan Aaron Ramsey ketika perlawanan

“Mertesacker mengalami luka di bahagian mata dan berlaku gegaran di kepalanya namun dia sepatutnya tiada masalah. Ramsey saya sedikit bimbang kerana kecederaan otot pada bahagian paha,” kata Wenger seperti yang dipetik oleh BT Sport. – Reutres
Dikuasakan oleh Blogger.