Header Ads

Gabungan profesional-aktivis PAS berjaya lahir "Khidmat Malaysia"

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad mengucapkan tahniah kepada Khidmat Malaysia yang telah menganjurkan program menghadapi bencana.

"Tahniah kepada Khidmat Malaysia di bawah pimpinan Datuk Iskandar Abdul Samad yang telah berjaya menganjurkan program untuk menghadapi bencana," ujarnya menerusi laman facebook.

Katanya, Khidmat Malaysia adalah satu lagi produk PAS yang berjaya ditonjolkan daripada idea-idea profesional dan aktivis PAS yang istiqamah.

Ini juga, tegas Ahli Parlimen Bukit Gantang itu membuktikan bahawa PAS bukan sahaja bercakap bab hudud seperti yang ditohmah.

"Perjuangan PAS syumul. Insya Allah kita menjawab dengan amalan. Yakin! PAS boleh," katanya lagi.
Dikuasakan oleh Blogger.