Header Ads

Harga RON95 turun 15 sen, RON97 turun 10 sen, bermula hari ini

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun berkuatkuasa tengah malam tadi. Menurut laporan astro awani, harga runcit petrol bagi RON95 turun 15 sen manakala RON97 turun sebanyak 10 sen.

Jurucakap Persatuan Pengusaha Minyak berkata harga baharu berkuat kuasa 1 Mac bagi RON95 adalah RM1.60 seliter berbanding RM1.75 sen seliter manakala bagi RON97 turun kepada RM1.95 berbanding RM2.05.

Bagi harga diesel, ianya kekal dengan harga RM1.35.

Pada 1 Februari lalu, harga runcit bagi petrol RON95 adalah RM1.75 seliter, RON97 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM1.35 seliter).
Dikuasakan oleh Blogger.