Header Ads

Helikopter tentera negara jiran terhempas kena panah petir

Sebuah helikopter milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI AD) yang membawa 13 anggota tentera dilaporkan terhempas dipercayai akibat disambar petir di Poso, Sulawesi Tengah lewat petang Jumaat lalu.

Memetik laporan media tempatan Indonesia,kejadian berlaku pada kira-kira jam 6 petang waktu tempatan ketika pesawat berkenaan sedang melakukan operasi khas.

"Kesemua 13 anggota termasuk juruterbang disahkan terkorban," petik kenyataan jurucakap Bahagian penerangan Tentera, Made Sutia.

Ujarnya lagi, pesawat malang itu dilaporkan berlepas dari Desa Watutau, Daerah Lore Piore di Poso pada jam 5.20 petang.

Katanya, ketika kejadian cuaca dilaporkan buruk dan setelah kira-kira 30 minit di angkasa, pesawat malang itu dikatakan disambar petir sebelum terhempas di kawasan perkebunan di Kasiguncu, Poso Pesisir Selatan, Poso.

Kesemua mangsa ditemui mati dalam helikopter jenis 412 EP yang terbakar itu.

Mayat-mayat dibawa ke hospital di Palu.

bernama
Dikuasakan oleh Blogger.