Header Ads

Issey Nakajima "lepas geram"

Issey Nakajima meraikan jaringan pertamanya musim ini bersama ketua jurulatih, Mike Mulvey. | foto by Terengganu FA
Penyerang Terengganu, Issey Nakajima-Farran tekad meletakkan masalah kecederaannya di belakang ketika persembahan dua golnya menyempurnakan kemenangan 3-1 ke atas Selangor di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semalam.

Sejak mengalami kecederaan pada perlawnan pembukaan Liga Super lawan Pahang, Nakajima terlepas kesemua aksi Terengganu dan terpaksa menyaksikan prestasi pasukannya merudum sehingga bekas ketua jurulatih, Ahmad Yusof terpaksa direhatkan.

Bagaimanapun, Nakajima tampak seolah-olah beraksi tanpa tekanan ketika meledakkan dua gol hebat di hadapan penyokong sendiri. Pemain Kanada itu melepaskan rembatan kencang kaki kiri sebelum tandukan terbangnya pada saat-saat akhir memberi tiga mata penting kepada skuad Penyu.

"Saya amat gembira kerana situasi saya ibarat mimpi ngeri setelah sekian lama terlepas aksi bersama pasukan. Bagaimanapun, saya haru puji persembahan rakan sepasukan saya seperti Gustavo dan Joseph, kemenangan ini hasil kerjasama semua pemain.

"Saya pulih sepenuhnya daripada kecederaan sejak 5-6 hari lepas tetapi saya amat memerlukan aksi kompetitif di atas padang. Kini, saya mahu fokus untuk mendapatkan lagi peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama," kata Nakajima.

Dalam pada itu, pengendali Terengganu, Mike Mulvey turut menghembus nafas lega untuk mendapatkan semula kudrat penyerang pujaan para penyokong.

"Anda boleh lihat malam ini (semalam) betapa banyak kami merindui sentuhannya di atas padang.

"Saya seorang yang krtikal, dan bagi saya, Issey sepatutnya mendapatkan hatrik sekurang-kurangnya. Bagaimanapun, saya berpuas hati dengan dua gol dan tiga mata penuh," kata Mulvey.
Dikuasakan oleh Blogger.