Header Ads

Ledak gol ke-43, Bale ditawar kontrak lanjutan 2 tahun

Kelab gergasi Real Madrid dilaporkan bersedia menawarkan kontrak dua tahun lagi kepada Gareth Bale. Ia berikutan pemain berasal dari Wales itu berjaya memecahkan rekod gol Gary Lineker kelmarin apabila berjaya meledak gol peribadi ke 43 di Liga Sepanyol.

Pemain berusia 26 tahun itu turut meletak nama beliau selaku penjaring dalam perlawanan menyaksikan Real Madrid membelasah Sevilla 4-0.

Dalam perlawanan berkenaan, Karim Benzema terlebih dahulu meledak gol pertama Madrid pada minit ke-6. Kemudian Cristiano Ronaldo menambah gol kedua di minit ke-64 sebelum Bale turut mencetak jaringan pada minit ke-66. Gol keempat Madrid dijaringkan oleh Jesé pada minit ke-86.

Dipetik dari Telegraph, Madrid yang kini sedang berdepan hukuman sekatan pemindahan telah memberikan lanjutan kontrak selama dua tahun kepada Bale. Dengan pembaharuan kontrak berkenaan, Bale kini akan bersama Madrid di Santiago Bernabeau hingga 2021.

Musim 2016, Bale kini meledak 15 gol dalam 18 perlawanan La Liga.
Dikuasakan oleh Blogger.