Header Ads

PAS kecam pengeboman di Ankara

PERUTUSAN KHAS

PAS KECAM PENGEBOMAN DI ANKARA

PAS menyatakan solidariti dan simpati kami kepada rakyat dan kerajaan Turki di atas insiden pengeboman yang berlaku di Ankara, Turki pada jam 6.43PM (1643GMT) semalam sehingga mengakibatkan 34 orang maut dan 125 orang yang lain cedera.

Kami juga merakamkan ucapan takziah yang tidak terhingga kepada semua ahli keluarga dan saudara-mara mangsa yang terbunuh dalam insiden tersebut.

PAS sesunggunya mengecam insiden tersebut dan menyatakan kesediaan untuk berkerjasama dengan semua pihak di dalam dan luar negara bagi sama-sama menangani sebarang anasir yang boleh mengancam keamanan dan keharmonian manusia sejagat yang berlaku dalam pelbagai bentuk.

Sekian.

Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang
Presiden PAS
14 Mac 2016/15 Rabiul akhir 1437
Dikuasakan oleh Blogger.