Header Ads

Pesawat Flydubai terhempas, 62 penumpang dan anak kapal terkorban

Sebuah pesawat Flydubai, FZ981 telah terhempas di Selatan Rusia, bandar Rostov-On-Don dan mengorbankan semua 62 penumpang dan anak kapal.

Pesawat yang telah melakukan penerbangan dari Dubai itu telah terhempas selepas hendak membuat pendaratan kedua di lapangan terbang di bandar selatan Rusia itu dalam keadaan cuaca yang buruk.

RT.News melaporkan bahawa bahagian kawalan trafik udara dan perkhidmatan kecemasan tempatan telah mengesahkan bahawa pesawat Boeing 737-800 terhempas berhampiran landasan.

"Menurut data awal, Boeing 738 terhempas kerana jarak penglihatan yang lemah, iaitu dalam jarak 50-100 meter ketika hampir mendarat ," kata sumber itu.

Semua anak kapal dan penumpang dalam pesawat itu terbunuh dalam kemalangan itu, menurut Kementerian Kecemasan serantau.

Sementara, menurut sumber LifeNews, pesawat itu gagal mendarat di pendekatan pertama dan terpaksa membuat pendaratan kedua, namun dilaporkan ekor pesawat berkenaan telah mencecah ke tanah.
Dikuasakan oleh Blogger.