Header Ads

Portal The Malaysian Insider berhenti operasi

Portal The Malaysian Insider (TMI) akan menamatkan siarannya tengah malam ini.

Ia disahkan sendiri pengarangnya, Jahabar Sadiq dalam surat terbukanya hari ini.

Menerusi surat itu, Jahabar memberitahu portal berkenaan terpaksa ditutup atas alasan komersial.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum ini bertindak menyekat siaran TMI versi mudah alih (mobile), selepas mendapat aduan daripada orang ramai.

Ia gara-gara portal itu melaporkan bahawa Panel Penilaian Operasi (PPO) yang menasihati Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa 'terdapat bukti mencukupi untuk mendakwa Perdana Menteri berkaitan SRC'.

Berita itu bagaimanapun hanya menyatakan 'sumber' yang tidak dinamakan.

Keesokkan, Pengerusi PPO, Tan Sri Hamid Bugo menafikan laporan portal itu.

Berikutan itu, TMI disiasat SKMM dibawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dikuasakan oleh Blogger.