Header Ads

Sultan Johor mahu jambatan ganti Tambak Johor elak kesesakan lalu lintas

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menggesa supaya tambak yang menghubungkan Johor dengan Singapura digantikan dengan sebuah jambatan bagi mengelak kesesakan lalu lintas di tambak berkenaan.

Menurut laporan TheStar, Sultan Ibrahim menyatakan rasa bersalah baginda terhadap ribuan rakyat Malaysia dan Singapura yang sentiasa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di Tambak Johor, lebih-lebih lagi di musim perayaan.

Baginda menyatakan hasrat berkenaan dalam satu wawancara dengan TheStar.

"...ramai yang terpaksa berjalan ke Singapura setiap hari kerana masalah kesesakan lalu lintas yang teruk," titah Sultan Ibrahim.

Baginda turut berasa yakin bahawa negara jiran akan menerima cadangan yang baik itu kerana ia memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Baginda mengingatkan bahawa terlebih dahulu alasan (untuk ganti Tambak Johor) yang baik perlu diberikan kepada Singapura sebelum hasrat itu dipanjangkan.
Dikuasakan oleh Blogger.