Header Ads

Teks usul undi tidak percaya terhadap MB Terengganu

Mantan Menteri Besar Terengganu Dato’ Ah,ad Said telah mengusulkan undi tdak percaya keaas Menteri Besar Terengganu Dato’Ahmad Razif Abdul Rahman.

Usul tersebut dibuat oleh ADUN Kijal itu semasa beliau membahaskan tiah ucapan Tuanku Sultan Terengganu, dalam Sidan DUN yang sedang berlangsung di Wisma Darul Iman pada pagi ini Selasa 8 Mac.

Berikut adalah usul yang dibawa oleh Amad Said:

“saya ingn membawa satu usul dana pa yang berlaku demi kepentingan rakyat Terengganu, secara keseluruhannya bahawa cadanga-cadangan dibawah perkara 14 (6) undang-undang bagi diri kerajaan Terengganu, peraturan 33 (11) dan perkara 33 (6) peraturan-peraturan dan perntah-perintah tetap dewan undangan negeri bagi negeri Terengganu Darul Iman,

“Yang Berhormat Yang DiPertua perkara 14 (6) ini melibatkan perlembagaan negeri Terengganu adalah diantara pekerjaan Dewan yang diperuntukkan di dalam perlembagaan negeri yang mana ia tidak termasuk dalam tertib yang biasa pekerjaan dewan,

Ahmad Said usul pecat Razif“peraturan 33 (11) …………peraturan-peraturan perintah tetap negeri Terengganu yang mana keadaan ini tidak memerlukan sebaran notis ini terdapat dalam perlembagaan negeri,

“Tuan Yang DiPertau…..gai maksud perkara 14 (6) undang-undang bagi diri kerajaan Terengganu Dewan hendaklah bersidang sebagai Jawatankuasa seluruhnya, sebagai yang diperuntukkan dibawah
peraturan 33 (6) peraturan perintah-perintah tetap negeri Terengganu,

“bagi membolehkan ahli-ahli membuat undian, notis juga tidak diperlukan bagi cadangan ini, perkara 14 (6) bagi diri kerajaan negeri Terengganu yang menyatakan jikalau Menteri Besar tidak mendapat kepercayaan daripada kebayakkan ahli dewan undangan negeri, maka ketika itu, melainkan dengan permintaannya, Duli Yang Maha Mulia membubarkan Dewan Undangan Negeri, hendaklah dia, menawarkan keberhentian Majlis Mesuarat Kerajaan Negeri,

“sehubungan dengan perkara 14 (6) undang-undang bagi diri kerajaan negeri Terengganu cadangan saya berbunyi,bahawa Dewan Udangan Negeri yang bersidang pada hari ini mengundi tidak percaya kepada Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman,

“selain dari itu, saya juga membawa cadangan dibawah peraturan 33 (6) peraturan-peraturan dibawah perintah-;erintah tetap dewan undangan negeri Terengganu ke Dewan yang bersidang pada ketika ini, bersidang sebagai jawatankuasa seluruhnya bagi membuat undian,

“sukacita saya maklumkan pada Dewan yan mulia pada hari ini bahawa undagng-undang bagi diri kerajaan negeri Terengganu merupakan perlembagaan negeri ini yang tertinggi.Dimana dibawahnya peraturan-peraturan dan perintah-perintah tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu telah diperbuat,

“oleh itu kepatuhan kepada perundangan dan peraturan-peraturan ini adalah diperlukan serta ridak boleh dinafikan,

“sukacitanya saya membawa peringatan bahawa menafikan perlembagaan negeri adalah langkah yang tidak berperlembagaan serta tidak mematuhi perlembagaan negeri,

“ini bermakna Dato’ Yang DiPertua tidak boleh menolak usul ini, sekian saya bawa usul ini untuk perhatian Yang DiPertua”
Dikuasakan oleh Blogger.