Header Ads

10,915 anak tidak sah taraf di Kedah

Gambar hiasan
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kedah mencatatkan sebanyak 10,915 pendaftaran kanak-kanak yang dikategorikan sebagai anak tidak sah taraf bagi tahun 2010 hingga 2015.

Exco Kebajikan Masyarakat Kedah, Datuk Suraya Yaacob berkata, jumlah itu merangkumi pendaftaran yang melibatkan kelahiran tanpa perkahwinan teratur antara kedua ibu bapa dan pendaftaran tanpa maklumat bapa.

“Bagi tahun 2010, sebanyak 1,553 kelahiran anak tidak sah taraf didaftarkan di Kedah, 2011 (1,620 pendaftaran), 2012 (1,932 pendaftaran), 2013 (1,760 pendaftaran), 2014 (1,928 pendaftaran) dan 2015 (2,122 pendaftaran).

“Setakat Januari hingga Februari 2016, sebanyak 210 anak tidak sah taraf telah didaftarkan di Kedah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan oleh (Pas-Merbau Pulas) Datuk Siti Ashah Ghazali yang bertanyakan mengenai jumlah kelahiran anak tidak sah taraf dalam negeri Kedah mengikut daerah pada sidang Dun Kedah, semalam.

sinar harian
Dikuasakan oleh Blogger.