Header Ads

Al-Fatihah, Mr Os kembali ke rahmatullah hari ini

Pelakon, penyanyi dan pengacara, Mohd Yusof Abdul Hamid, 55, yang lebih dikenali Mr Os telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 2.50 petang ini di Hospital Selayang.

Berita sedih tersebut dikongsikan anak perempuan Allahyarham, Husna Yusof melalui kemas kini status di laman sosial Facebooknya hari ini.

“Assalamualaikum dan salam jumaat. Abah saya Mohd Yusof bin Abdul Hamid (Mr.Os) telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

"Mohon ampun dan maaf dari pihak keluarga andai arwah pernah mengguris atau melukakan hati sesiapa dalam sedar atau tidak. Jenazah akan di bawa pulang ke Gombak al-Fatihah,” tulisnya.

Seorang lagi anak Allahyarham, Nor Haryatie turut berkongsi berita sedih itu.

"Perginya seorang seniman Mohd Yusof Bin Abdul Hamid @ Mr. Os buat selama-lamanya. Allah beri hari yang terbaik, waktu yang terbaik di usianya 55 tahun.

"Kau ampunkan segala dosa-dosanya, kau tempatkan abah di kalangan orang-orang yang beriman.

"Kita jumpa di sana abah. Abah pergi dengan tenang dan berwuduk selepas solat tadi," katanya.

Pemergian arwah turut mendapat perhatian Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor menerusi laman facebook beliau hari ini.

"Damailah abang Os disana. Dia dlm keuzuran dan kesakitan menyembunyikan semua kejerihan itu dijalan dakwah.

"Mengakhiri fasa hidupnya dgn niat utk melihat Islam tertegak di tanahair, berdakwah mengajak anak muda utk hidup bertuhan.

"Siang malamnya mengelilingi tanahair utk mengajak manusia kembali kpd fitrah. Kini dia dijemput Ilahi..alfatihah!," tulis Dr Riduan dalam facebooknya.

Menurut laporan sinar harian, Mr Os pernah dirawat selama lapan hari di Hospital Selayang selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan tonsil dan dibenarkan pulang selepas itu.
Dikuasakan oleh Blogger.