Header Ads

Chong Wei juara terbuka Malaysia

Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei merekodkan gelaran ke-11 Terbuka Malaysia Celcom Axiata, semalam.

Lebih manis, kejayaan itu hadir selepas dia menundukkan musuh tradisinya, Chen Long dari China 21-13, 21-8 di hadapan lebih kurang 10,000 penonton tempatan yang hadir di Stadium Malawati Shah Alam untuk aksi final.

Bekas pemain nombor satu dunia itu sebelum ini muncul pemain paling banyak bergelar juara Terbuka Malaysia apabila meraih 10 gelaran dengan kali pertama pada 2004 dan terakhir pada 2014.

Kemenangan ke atas Chen Long yang juara dunia dua kali adalah yang ketiga berturut-turut selepas dia turut menang ketika Terbuka China dan Terbuka Hong Kong, November lalu.

Sebagai juara, Chong Wei yang juga pemain nombor empat dunia membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$41,250 (RM161,287) manakala Chen Long AS$20,900 (RM81,719).

bharian
Dikuasakan oleh Blogger.