Header Ads

Harga minyak melonjak ke paras tertinggi

Harga minyak dunia melonjak ke paras tertinggi pada tahun 2016, dalam dagangan di pasaran New York kelmarin. Kenaikan itu berikutan data penurunan simpanan minyak mentah di Amerika Syarikat (AS).

Minyak jenis Brent dan West Texas Intermediate (WTI) harga pasaran hadapan naik 3%. American Petroleum Institute melaporkan simpanan minyak mentah AS turun 1.1 juta tong.

"Terdapat kemungkinan kami melihat harga terus naik kerana data ini" kata Penganalisis, John Kilduf, dipetik dari Reuters, pada Rabu.

Harga kontrak pasaran hadapan minyak jenis Brent naik US $ 1.26 per barel menjadi US $ 45,74 per barel. Selepas terdahulu sempat naik US $ 2,01 per barel menjadi US $ 46,49 per barel, atau tahap tertinggi pada 2016.

Bagi WTI, harga pasaran hadapannya naik US $ 1.4 per barel menjadi US $ 44,04 per barel. Terdahulu sempat naik US $ 2,19 per barel ke tahap tertinggi dalam tahun ini, iaitu US $ 44,83 per barel.

Sementara itu, dalam pasaran Asia pada pagi semalam, harga minyak turut melonjak.

Harga kontrak pasaran hadapan minyak jenis Brent didagangkan naik 52 sen (1.1%) menjadi US $ 46,26 per barel.

Bagi harga kontrak niaga hadapan minyak jenis WTI naik 52 sen (1.2%) menjadi US $ 44,56 per barel.
Dikuasakan oleh Blogger.