Header Ads

Klasifikasikan dokumen 1MDB, kerajaan tidak telus

Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam keadaan yang kalut, cemas dan terdesak apabila mengklasifikasikan dokumen yang sepatutnya didedahkan kepada umum untuk membuktikan kerajaan adalah telus dalam isu 1MDB.

Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu Haji Ahmad Amzad Hashim berkata boleh mendakwa tindakan menahan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dibawah OSA sebagai suatu perlanggaran undang-undang.

Haji Amzad
Namun sebenarnya ia mendedahkan kepada rakyat, Umno-BN cuba menutup ‘bangkai gajah’ yang sudah mereput.

amzad“Rafizi ditahan dibawah OSA atas tindakannya mendedahkan dokumen berkaitan urusan LTAT dan 1MDB……….kerajaan boleh berkata itu pelanggaran undang undang, tetapi seperti mana kerajaan sangat kalut dan dilihat cemas seperti mengklasifikasikan Laporan Akhir Audit 1 MDB sebelum ini sebagai dokumen bawah OSA,

“sehingga mengecewakan harapan awam mahu melihat kerajaan telus dalam isu 1MDB yg diperkatakan dunia ini, tindakan menangkap Rafizi hanya dilihat langkah terdesak UMNO menutup ‘bangkai gajah’ yang sudahpun busuk,”tegasnya.

Beliau berkata, dengan tindakan itu, kerajaan nyata tidak mempedulikan saranan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zetty Akhtar supaya membina keyakinan dan persepsi positif dunia dengan berlaku telus dalam isu 1MDB.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat menyifatkan, tindakan penguasa itu adalah sebagai satu tindakan ‘desperado’.

“Sebagai manusia biasa, saya tidak boleh menahan diri dari merasa kecewa dengan satu lagi tindakan ‘desperado’ kerajaan UMNO ini dan berharap Rafizi diberikan keadilan sewajarnya,”tambah beliau.
Dikuasakan oleh Blogger.