Header Ads

Mat Yo bakal dibeli Kedah Jun depan?

Pemain pasukan Liga Super Terengganu, Norshahrul Idlan Talaha dilaporkan bakal berpindah ke Kedah ketika pintu perpindahan pemain bakal dibuka menjelang Jun nanti.

Dipetik dari Malaysiakini, penyerang Terengganu dan skuad Harimau Malaysia itu bakal dibeli Kedah bersama seorang lagi pemain, Asaruddin Putra Omar dari Johor Darul Takzim (JDT).

Menurut sumber, kedua-dua pemain itu dikatakan berminat untuk menyertai Kedah dan turut akan didaftarkan pada Jun nanti.

"Shahrul dan Asaruddin sudah datang ke bertemu dengan pengurusan KFA, mereka menyatakan cukup berminat untuk bermain dengan Kedah," kata sumber yang dipetik dari portal Malaysiakini.

Norshahrul atau Mat Yo kini merupakan salah seorang penyerang terbaik Terengganu musim ini dan sentiasa mendapat pujian para penyokong pasukan penyu itu.

Namun, berita perpindahan itu belum dapat disahkan kerana ianya masih belum mendapat kepastian pemain berkenaan.

Kini beliau dilaporkan sedang 'bercuti' daripada 'tugasan' kerana sedang mendapat rawatan telinga.

Terengganu awal musim ini kelihatan berdepan kesukaran dalam aksi Liga Super yang kini sudah di penghujung pusingan pertama aksi liga.

Empat aksi terakhir mereka musim ini berdepan dengan kekalahan dengan bolos yang besar sebanyak 4 kali berturut-turut walaupun berdepan amaran daripada pihak kerajaan selaku penaja terbesar pasukan itu.

Dalam perkembangan lain, Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) melaungkan amaran keras berikutan prestasi kurang menyenangkan penyokong dan pengurusan selepas mengalami kekalahan 4 kalj berturut-turut sebelum ini.

Menurut Timbalan Presiden PBSNT Datuk Mazlan Ngah, surat amaran kepada pemain sudah diedar petang semalam selain akan memantau Sarawak pada 4 Mei dan T-Team pada 18 Mei ini.

Selain itu, PBSNT turut tidak teragak-agak mengambil tindakan drastik menggugur pemain yang menunjukkan prestasi hambar dalam perlawanan berkenaan termasuk pemain import.

Namun, sudah ada 'khabar angin' dalam laman sosial penyokong pasukan Penyu itu dengan 'cakap-cakap' sudah ada yang akan digugurkan dalam tempoh pintu perpindahan kedua dibuka Jun nanti.

Dilaporkan empat pemain bakal digugurkan termasuk dua import yang dikatakan tidak memberi persembahan memberangsangkan musim ini.

Juan Jose Morales
Import keempat Terengganu dari Argentina, Juan Jose Morales kelihatan jarang diturunkan dalam aksi kompetitif walaupun gaji import dibayar begitu mahal.

Ia seolah-olah suatu pelaburan sia-sia pasukan dalam membeli import berkualiti oleh pengurusan dan ia perlu dipertanggungjawabkan ke atas kegagalan itu.

Pasukan dari Pantai Timur itu dikatakan perlu menang dalam dua perlawanan terakhir pusingan pertama bagi melayakkan ke Piala Malaysia musim ini.

Dalam peraturan baru Piala Malaysia 2016, hanya 11 pasukan Liga Super yang layak secara automatik ke pusingan Piala Malaysia. Terengganu kini berada di kedudukan ke-9 tangga liga.-themalaysianview.com
Dikuasakan oleh Blogger.