Header Ads

MB Kelantan selamat jalani pembedahan kecil, rakam terima kasih kepada rakyat

Menteri Besar Kelantan selamat menjalani pembedahan kecil di bahagian kiri kepalanya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sebentar tadi.

Setiausaha Akhbarnya Mohd Asri Daud berkata Ustaz Datuk Ahmad Yakob sekarang sedang berehat dan berada di bawah pemantauan doktor pakar.

Ustaz Datuk Ahmad Yakob sudah boleh bercakap dan bertindak balas dengan keadaan di sekeliling selepas menjalani pembedahan kecil pagi tadi.

Setiausaha Politiknya, Wan Roslan Wan Hamad memberitahu Menteri Besar meminta air untuk diminum.

“Alhamdulillah pembedahan kecil di bahagian kepalanya berlangsung selama sejam bermula jam 9.30 pagi tadi berjalan dengan baik.

“Beliau kini ditempatkan di wad ICU untuk diberi pemantauan oleh pegawai perubatan di Hospital Universiti Sains Malaysia. Dan dalam keadaannya semakin baik,” katanya di sini.

Hanya keluarga terdekat termasuk isterinya Datin Siti Zubaidah Abdul Hamid dan anak-anaknya berada di wad tersebut.

Orang ramai belum dibenarkan melawatnya kerana beliau masih memerlukan pemantauan doktor.

Wan Roslan juga berkata, Menteri Besar melahirkan rasa bersyukur kerana pembedahan yang berlangsung pagi tadi berjaya.

“Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat Kelantan dan umat Islam yang mendoakan kesejahteraan untuknya,” ujar beliau.
Dikuasakan oleh Blogger.