Header Ads

Muhyiddin mengaku Pakatan Harapan setuju kekalkan BN

Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku bahawa matlamat utama Deklarasi Rakyat yang dilakukan bersama Pakatan Harapan (DAP, PKR dan PAN) baru-baru ini adalah untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya, bukan bertujuan menjatuhkan atau menukar kerajaan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut Malaysiakini, Muhyiddin menyatakan perkara itu dalam ucapan ceramah ‘Mencari Kebenaran Selamatkan Malaysia’ di Taman Putra Perdana,Puchong, malam tadi.

Bekas timbalan perdana menteri itu turut menafikan tuduhan pihak tertentu konon deklarasi bersama Pakatan Harapan (PH) itu adalah untuk menumbangkan kerajaan.

“Ada tuduhan mengatakan kita ini nak menumbangkan kerajaan, tidak!,” kata Muhyiddin yang dipetik dari Malaysiakini.

Muhyiddin memberitahu, persetujuan bersama yang dilakukan antara DAP, PKR dan PAN dengan pihak Tun Mahathir dalam 'Deklarasi Rakyat' baru-baru ini juga bukan mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Mereka (DAP, PKR dan PAN) bersama dengan kita, Tun Mahathir dan saya tandatangan Deklarasi Rakyat mereka juga kata bukan nak jatuhkan kerajaan, kami nak perdana menteri undur dan negara ini diselamatkan,” tegas Muhyiddin lagi.

Selain itu, Muhyiddin turut menolak dakwaan konon beliau calon pengganti Perdana Menteri namun beliau tidak menolak untuk bersetuju menjadikan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai calon pengganti Datuk Seri Najib.

“Kalau dia (Najib) pergi (berundur), maka Majlis Tertinggi boleh buat keputusan siapa nak ganti (Najib), orang kata Tan Sri (Muhyiddin) naik ganti, saya tak apa kalau dikatakan tak ada rezeki itu tak apa, ataupun Datuk Zahid (naik) pun tak apa, sesiapa pun tak apa, itu pun saya tak pasti dengan perubahan sebegitu maka akan kembali menyakinkan rakyat untuk menyokong BN,” katanya.
Dikuasakan oleh Blogger.