Header Ads

Norazli menang kes saman fitnah

Presiden Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak (Geng Ustaz), Ustaz Norazli Musa diputuskan menang kes saman terhadap Ahmad Syihan Ismail dalam perbicaraan Kes Saman Fitnah di Mahkamah Seksyen Kota Bharu Kelantan hari ini.

Ustaz Norazli Musa diwakili oleh peguam Tetuan Srihana dan Partners.

Mahkamah mendapati bahawa pihak defendan telah melakukan fitnah terhadap plaintif apabila menerbitkan kata-kata fitnah dalam facebook beliau iaitu "cermah di Jelai semalam Norazli Taliban kata sape Keluar Jamaah Islam ( PAS ) jatuh kafir ".

Menurut Timbalan Presiden Geng Ustaz, penerbitan kata-kata fitnah itu menyebabkan plaintif berdepan cemuhan masyarakat umum walaupun realitinya Norazli tidak pernah menyebut akan hal berkaitan.

Mahkamah telah memutuskan dan membenarkan tuntutan dan memberikan gantirugi am serta teladan sebanyak RM50 ribu beserta kos perbicaraan RM4,450.

Selain itu, defendan juga dikehendaki membuat permohonan maaf terhadap plaintif.

"Kami Geng Ustaz mengucapkan kesyukuran kehadrat Ilahi atas keputusan ini dan pihak kami menganggap ini adalah satu kemenangan moral kepada Ustaz Norazli Musa dan juga Geng Ustaz," tulis Timbalan Presiden Geng Ustaz kepada harakahdaily.
Dikuasakan oleh Blogger.