Header Ads

Pakatan Harapan yang tiada harapan

Aku masih ingat lagi pada 9 Januari 2016, awal tahun Rafizi Ramli menyebut Pakatan Harapan tidak lagi mengguna pakai prinsip ‘setuju untuk tidak bersetuju’ seperti dahulu. Suhaizan Kait yang kalah pemilihan Ketua Pemuda PAS, kecewa dan bersama menubuhkan parti PAN @ AMANAH juga mengeluarkan kenyataan yang sama.

Setiausaha Agung Keadilan, Rafizi Ramli, berkata mana-mana parti yang melanggar persetujuan bersama akan dipecat. “Prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju tidak lagi boleh digunakan dalam Pakatan Harapan,” katanya

Pada hari itu Rafizi membentangkan tiga fasal pertama iaitu keputusan bersama, pembinaan kesatuan politik dan penyelesaian pertikaian daripada tujuh fasal perjanjian.

Manakala Setiausaha Organisasi Nasional DAP, Anthony Loke pula membentangkan fasal empat dan lima iaitu dasar bersama serta perjalanan pilihan raya.Katanya Pakatan Harapan akan meletakkan satu calon sahaja untuk mewakili sesuatu pilihan raya di mana-mana peringkat.

“Majlis presiden perlu mempertimbangkan faktor parti manakah yang mempunyai kebarangkalian paling tinggi untuk menang dalam pilihan raya itu,” Tambah Anthony Loke.

Suhaizan Kaiat, Setiausaha Organisasi Amanah membentangkan fasal enam dan tujuh iaitu perjalanan kerajaan, pembangkang serta keabsahan Pakatan.

Fasal tujuh Perjanjian Pakatan Harapan menghuraikan prinsip yang diguna pakai untuk menentukan status Pakatan Harapan jika ada pelanggaran mana-mana perkara yang dipersetujui dalam perjanjian ini.

Aku paling nak gelak Suhaizan pernah menyebut “Kita belajar daripada kesilapan dulu, tak ada kuasa untuk mengambil tindakan ke atas parti yang melanggar perjanjian."

Sehingga aku menulis artikel ini, aku masih belum dengar apa-apa ulasan dua orang kuat PAS dulu ini si Suhaizan dan Khalid Samad. Mana pergi dia orang ni dalam isu pertindihan kerusi aku pun tak tahu. Apakah PAN sudah tak tahu nak pilih siapa? PKR atau Bos besarnya DAP?

Aku rasa Pakatan Harapan dah tak ada harapan lagi!

hajihassanomar.blogspot.my
Dikuasakan oleh Blogger.