Header Ads

PM Iceland letak jawatan berikutan skandal Panama Papers

Perdana Menteri Iceland, Sigmundur Gunnlaugsson meletak jawatan, kelmarin selepas berdepan desakan rakyat negara tersebut supaya berbuat demikian berikutan beliau didakwa terlibat dengan skandal Panama Papers.

Susulan itu, Menteri Pertanian, Sigurdur Ingi Johannsson dilantik secara sementara untuk menggantikan beliau.

Panama Papers itu mendedahkan lebih 11 juta dokumen rahsia memaparkan individu berpengaruh dan terkaya di seluruh dunia yang mengelak membayar cukai.

Menurut dokumen dibocorkan milik firma undang-undang Panama, Mossack Fonseca yang diterbitkan Ahad lalu, Gunnlaugsson adalah antara 12 pemimpin dunia didakwa terlibat dengan transaksi kewangan haram.

Difahamkan, isteri beliau dipercayai memiliki sebuah syarikat luar pesisir dengan tuntutan besar ke atas bank di Iceland, lapor al-Jazeera.
Dikuasakan oleh Blogger.