Header Ads

Prestasi pemain JDT merosot kerana sistem kendalian skuad kebangsaan - Gomez

Pengendali Johor Darul Takzim (JDT) Mario Gomez akui kecewa dengan sistem kendalian skuad negara yang dianggap jadi punca prestasi pemainnya terganggu apabila kembali beraksi di Liga Malaysia.

Gomez melihat setiap kali pemainnya pulang dari beraksi bersama skuad kebangsaan, akan ada yang mengalami kecederaan disamping menampilkan aksi merosot.

"Saya tidak tahu apa yang mereka lakukan di sana. Ini berlaku setiap kali apabila mereka bermain untuk pasukan kebangsaan.

"Setiap kali mereka pergi, sama ada mereka kembali dengan kecederaan atau prestasi mereka merudum dan ia mengambil masa untuk mereka kembali semula ke tahap yang sepatutnya," jelas Gomez dalam kenyataan yang dibuat menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers.

Mario melihat keadaan itu mampu memberi kesan negatif terhadap perjalanan pasukan itu musim ini.

Pengendali kelahiran Argentina itu turut mempersoal fungsi jurulatih yang terlibat dengan skuad kebangsaan.

"Saya tidak faham bagaimana cara jurulatih jurulatih bekerja dalam pasukan kebangsaan," katanya.

AstroArena
Dikuasakan oleh Blogger.