Header Ads

Wong umum keluar DAP kecewa dengan pucuk pimpinan

Setiausaha Sarikei DAP, Wong Ching King mengumumkan keluar parti ketika Sarawak diambang menghadapi pilihanraya negeri ke-11.

Beliau berbuat demikian setelah hilang keyakinan terhadap kepimpinan DAP negeri itu, lapor theborneopost.com.

Beliau yang meletakkan jawatan sebagai guru sekolah menengah bagi menyertai Dap pada 2011 berkata, beliau bertekad meletakkan semua jawatan yang disandang dalam parti termasuk Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Sarikei, Andrew Wong Ling Biu.

“Saya telah menyediakan surat peletakan jawatan, yang mana dihantar kepada setiausaha agung parti menerusi emel dan akan disusuli dengan surat yang dihantar melalui khidmat kurier,” jelasnya pada sidang akhbar.

“Pimpinan DAP Sarawak telah merendah-rendahkan maruah saya selaku ahli parti dan gaya kepimpinan autokratik yang diamalkan oleh beberapa pemimpin parti negeri telah menghancurkan perpaduan di kalangan ahli-ahli cawangan dan kompromi keyakinan awam terhadap cawangan DAP Sarikei, khususnya.”

Adalah menyedihkan ada sesetengah pemimpin DAP negeri, pemimpin cawangan Sarikei dan ahli-ahlinya gagal untuk menegakkan prinsip-prinsip asas perjuangan parti, katanya lagi.

“Saya belum membuat sebarang keputusan tentang kaedah penglibatan saya pada pilihanraya negeri kali ini selain menunaikan hak sebagai pengundi berdaftar N45 Repok. Saya akan membuat pengumuman sekiranya ada sebarang perkembangan,” tambahnya.
Dikuasakan oleh Blogger.