Header Ads

BN kekal bentuk kerajaan Sarawak 11 kali berturut-turut

Barisan Nasional (BN) meraih majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri Sarawak buat penggal ke-11 berturut-turut setelah memperoleh 42 kerusi pada pukul 8.40 malam pada Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) ke-11 hari ini.

Setakat ini, pembangkang memperoleh enam kerusi iaitu DAP empat dan dua oleh PKR.

Antara meraih kemenangan awal ialah Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Adenan yang berjaya mempertahankan kerusi Tanjung Datu dengan 6,360 undi.

Adenan mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan dengan majoriti 5,892 undi. Jazolkipli hilang deposit setelah meraih 468 undi.

Presiden Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing mengekalkan kerusi Baleh dengan mengalahkan calon DAP, Agop Linson dengan majoriti 4,793 undi.

Pada hari penamaan calon, 25 April lepas, BN menang dua kerusi - Bukit Sari dan Bukit Kota - tanpa bertanding.

Pada 2011, BN menang 55 daripada 71 kerusi, DAP (15), PKR (3) dan satu oleh calon Bebas.

bernama/ bharian
Dikuasakan oleh Blogger.