Header Ads

[Gambar] Himpunan Infiru PAS peringkat Negeri Pahang

Himpunan Infiru (Jentera Pilihanraya) PAS Pahang pada hari ini di Kompleks Al Makmur Kerdau. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Himpunan Infiru PAS Pahang bagi mengumpul 4K tenaga Jentera Pilihan Raya PAS Pahang dalam menyatakan kesediaan PAS untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 14 akan datang.

Pengarah program, Hasenan Harun berkata, melalui himpunan ini Jabatan pilihan raya (JPrN) PAS Pahang ingin menyatakan komitmen PAS untuk mempertahankan kerusi N.15 Dun Tanjung Lumpur, N.12 Beserah di samping akan mengembalikan kerusi N.32 Kuala Semantan yang telah dilarikan parti serpihan (PAN).

Tambahnya, jentera yang hadir mewakili semua daerah mengundi yang PAS bertanding dan dengan itu pihaknya telah mengenal pasti beberapa lagi kerusi yang berpotensi untuk dimenangi.

Berikut adalah gambar-gambar ketika berkenaan sedang berlangsung.






Dikuasakan oleh Blogger.