Header Ads

JDT rangkul juara kali pertama Piala FA

Johor Darul Takzim (JDT) muncul juara Piala FA buat pertama kali setelah menang tipis 2-1 ke atas PKNS FC pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam, malam tadi.

PKNS terlebih membuka tirai jaringan di awal perlawanan menerusi sepakan penalti pemain import dari Argentina, Gabriel Miguel Guerra pada minit keenam.

Tersentak dengan gol awal PKNS, JDT cuba bangkit sebelum mendapat sepakan penalti yang disudahkan oleh Safiq Rahim pada minit ke-16.

Gol kemenangan JDT hadir melalui jaringan padang menerusi import berbisa mereka, Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-35 sekaligus menobatkan kelab milik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) itu sebagai juara Piala FA musim 2016.
Dikuasakan oleh Blogger.