Header Ads

Pilihanraya Terengganu selepas Raya Aidilfitri?

Berdasarkan situasi politik yang berlaku sekarang, Terengganu dijangka mengadakan pilihanraya peringkat negeri selepas hari raya Eidul Fitri

Menurut Ketua Penyelidik, Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Fadhli Ghani kemungkinan itu adalah berdasarkan keadaan politik negeri yang dilihat tidak menentu.

Beliau menjangka, akan berlaku sekali lagi usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar pada Sidang Dewan Undangan Negeri yang akan datang.

“Terengganu lagi berat………akhir sekali semua kata nasib kerajaan Terengganu ni di tangan PAS .Razif tahu dia jd Menteri Besar tapi tak boleh (teruskan) sidang dun kali ini,

IMG-20160511-WA0062“kalau (mungkin) sidang kena usul tidak percaya pulak………… kalau ikut maklumat Terengganu ni akan bubar DUN lepas raya ataupun Najib cepat-cepat bubar Parlimen sekali,”ujarnya.

Beliau berkata demikian di hadapan lebih 200 orang di program Liqa’ al-Fikri Khas di Batu Rakit, pada Selasa, 10 Mei.

Katanya, suasana politik sekarang lebih tertumpu kepada PAS untuk ‘satu kerjasama’ setelah keputusan PRN Sarawak yang gagal menambat hati rakyat, dengan kehilangan deposit dan kerusi dari DAP dan PKR.

Mengungkap teori Ibnu Khaldun, beliau berkata, sesuatu kerajaan hanya boleh bertahan selama 70 tahun sahaja.

“dan Umno (yang menjadi tulang belakang) Barisan Nasional, sekarang yang menyambut ulang tahunnya (Ke-70) sedang berada di ambang kejatuhan,

“dan janji nabi bahawa islam akan memerintah setelah 100 tahun kejatuhan khalifah Islam sudah semakin dekat,”jelasnya.

Katanya, pada tahun 1919 besamaan 1337 Hijrah, berakhirlah pemerintahan khalifah Islam apabila jawatan khalifah di lucutkan dan di ganti dengan gelaran sultan seterusnya melenyapkan terus Khilafah Othmaniyah pada tahun 1924.

“hari ini kita berada pada tahun 1437 H, ini bermakna kita sudah masuk ke 100 tahun tanpa adanya pemerintahan islam dan kemenangan sudah semakin hampir,”tambahnya.

buletin online
foto by hj hanafiah (YB Adun Chukai)
Dikuasakan oleh Blogger.